Thursday, April 14, 2011

test test!

ehem!sj nk test via gtab neh.okbai!
Published with Blogger-droid v1.6.8

Friday, April 8, 2011

again!

again!
kejutan di petang jumaat yg membuat hati neh tersentap retak seribu
moga ada hikmah di sebalik sume ini
amin.
smile hidayah!

Friday, April 1, 2011

al fatihah

Tiga maut nahas ngeri


Oleh SAMSUL BAHARI MOHAMED
utusankelantan@utusan.com.my

GUA MUSANG 31 Mac – Tiga termasuk dua sahabat maut dalam membabitkan kemalangan ngeri dua buah kenderaan berat dan sebuah kereta di Jalan Kota Bharu-Gua Musang berhampiran Simpang Paloh Tiga, dekat sini semalam.

Kemalangan ngeri pada pukul 6.30 petang itu melibatkan sebuah treler membawa muatan kereta, lori kontena dan kereta Perodua Kancil.

Mangsa yang terbunuh ialah pemandu lori kontena, Muhammad Fathimy Hassan, 29, pemandu Perodua Kancil, Mat Dahri Yusoff, 35, dan penumpangnya, Sa‘ade Mohd. Noor, 38. Kesemua mereka meninggal dunia di tempat kejadian.

Kemalangan itu mengakibatkan kereta Perodua Kancil yang dipandu Mat Dahari yang juga peniaga dan Sa‘ade, pengawal keselamatan, remuk teruk selepas terperosok ke bawah lori kontena.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Aziz Hasan ketika dihubungi hari ini berkata, kejadian berpunca akibat sebuah lori muatan balang gas yang rosak diletakkan di atas jalan dari arah Kuala Krai ke Gua Musang.

“Kon tanda amaran telah diletakkan dikeliling lori tersebut. Namun sebuah treler muatan kereta dari arah sama telah berhenti mengejut di belakang lori yang rosak tersebut sehingga dirempuh kereta Perodua Kancil yang datang kemudian.

“Selepas itu, datang pula sebuah lori kontena lalu merempuh kereta Perodua Kancil terbabit dari belakang dan terperosok di bawah lori kontena berkenaan,” katanya.

Menurut Aziz, ketiga-tiga mangsa yang terkorban kemudian dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

Sementara itu, isteri Sa‘ade yang enggan dikenali ketika ditemui di Hospital Gua Musang hari ini memberitahu, suaminya bersama Mat Dahari dalam perjalanan dari Rantau Panjang ke Gua Musang.

“Suami saya ke Rantau Panjang bersama-sama Mat Dahari untuk ambil baju dan piala yang telah ditempah untuk pertandingan suara burung candik yang akan berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang,” katanya.


seorang sahabat yg sudah saya anggap seperti abg saya sendiri..Moga beliau ditempatkan di kalangan org beriman yang mendapat keredhaan Allah dan dicucuri rahmat..
Al-fatihah untuk muhammad fathimy bin hasan
( 20 nov 1982 - 30 mac 2011)



(ps- blog da semak dek sawang.)


Wednesday, March 23, 2011

20.03.2011

i'm engaged on my 25th birthday
yay!

(futnote : thanks yang sbb fulfill my wish.lapyu laaa)

Monday, February 28, 2011

Thursday, January 13, 2011

surat seorang bapak kepada kekasih anaknya

Kepada Boyfriend anak aku,

Peraturan 1:
Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon-hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa.


Peraturan 2:
Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah.

Peraturan 3:

Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa berdating ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.



Peraturan 4:
Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks selamat yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?


Peraturan 5:
Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: Awal.


Peraturan 6:
Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.




Peraturan 7:
Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.




Peraturan 8:
Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam.
Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.



Peraturan 9:
Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.



Peraturan 10:
Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas saya datang antar anak pakcik. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.



Sekian.



Yg ditakuti,

Bapak Kepada Gf ko


22147_105837069442511_100000486548198_154217_4801082_n.jpg

sayang

tersenyumlah saat kau mengingatiku,

kerana saat itu aku sangat merindukanmu,

dan

menangislah saat kau merindukanku,

kerana saat itu aku tak berada disampingmu,

tetapi

pejamkanlah mata indahmu itu,

kerana saat itu aku akan terasa ada di dekatmu,

kerana aku telah berada di hatimu untuk selamanya,

tak ada yang tersisa lagi untukku,

selain kenangan – kenangan yang indah bersamamu

I love you sayang ♥