Tuesday, October 27, 2009

Adab memotong kuku dan kaifiyatnya


BAHAGIAN KUKU TANGAN
  1. Di mulai dari jari telunjuk tangan kanan, kemudian jari tengah, jari manis, jari kelingking berikutnya baharulah ibu jari tangan (seperti nombor yang dituliskan)
  2. Seterusnya kelingking tangan kiri, jari manis kemudian jari tengah setelah itu jari telunjuk dan akhirnya ibu jari tangan kiri (seperti nombor yang dituliskan)

(Cara atau kaifiyat memotong kuku tangan seperti ini adalah mengikut SYEKH BAIJURI)

BAHAGIAN KUKU KAKI

Dimulai dari kelingking kaki kanan dan seterusnya mengikut tertib jari sehinggalah kelingking kaki kiri (seperti nombor yang dituliskan).

(Cara atau kaifiyat memotong kuku kaki adalah mengikut apa yang dilakukan oleh IBNUR-RIF'AH)

DOA KETIKA MEMOTONG KUKU

Saidina Ja'far Radhiallahu Anhu berkata:-

Barangsiapa mengerat atau memotong kuku dan misainya pada tiap-tiap hari Jumaat dan berkata ketika mengeratnya:

"BISMILLAHI WABILLAHI WA'ALA MILLATI MUHAMMADIN WA AALI MUHAMMAD"

Tiada gugur yang dikerat itu melainkan dengannya pahala memerdekakan seorang sahaya dan tiada sakit melainkan sakit mati.


RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG ERTINYA :

Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu :
Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad :
Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin :
Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa :
Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu :
Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis :
Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat :
Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah s.w.t.

wallahualam


No comments:

Post a Comment