wanita pulak perlu baca pasal lelaki....
- Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (perihatin).
- Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya  cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki  boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada  dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan  atau dikongsi bersama.
- Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
- Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
- Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
- Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita.  Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton  Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
- Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
- Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
- Bila lelaki cakap..”Emm..tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
- Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia  sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan  wanita memahami maksudnya.
- Kebanyakan lelaki yg nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys! (how true)
- Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
- Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau  buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan  tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…
- Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana  berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih  baik.
- Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai  wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa…yang lain  hanya kawan..
- Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan  saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita  itu begitu indah!
- Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa  bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
- Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut  bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya  nanti…
- Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.  Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas  sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu  dikatakan air mata senjata perempuan. Lelaki bukanlah sempurna 100%,  walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan  janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal  dan mempunyai kelemahan!
credit to : Tomei Sgt k...~_^ (~_^)
 
 
No comments:
Post a Comment