Friday, April 1, 2011

al fatihah

Tiga maut nahas ngeri


Oleh SAMSUL BAHARI MOHAMED
utusankelantan@utusan.com.my

GUA MUSANG 31 Mac – Tiga termasuk dua sahabat maut dalam membabitkan kemalangan ngeri dua buah kenderaan berat dan sebuah kereta di Jalan Kota Bharu-Gua Musang berhampiran Simpang Paloh Tiga, dekat sini semalam.

Kemalangan ngeri pada pukul 6.30 petang itu melibatkan sebuah treler membawa muatan kereta, lori kontena dan kereta Perodua Kancil.

Mangsa yang terbunuh ialah pemandu lori kontena, Muhammad Fathimy Hassan, 29, pemandu Perodua Kancil, Mat Dahri Yusoff, 35, dan penumpangnya, Sa‘ade Mohd. Noor, 38. Kesemua mereka meninggal dunia di tempat kejadian.

Kemalangan itu mengakibatkan kereta Perodua Kancil yang dipandu Mat Dahari yang juga peniaga dan Sa‘ade, pengawal keselamatan, remuk teruk selepas terperosok ke bawah lori kontena.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Aziz Hasan ketika dihubungi hari ini berkata, kejadian berpunca akibat sebuah lori muatan balang gas yang rosak diletakkan di atas jalan dari arah Kuala Krai ke Gua Musang.

“Kon tanda amaran telah diletakkan dikeliling lori tersebut. Namun sebuah treler muatan kereta dari arah sama telah berhenti mengejut di belakang lori yang rosak tersebut sehingga dirempuh kereta Perodua Kancil yang datang kemudian.

“Selepas itu, datang pula sebuah lori kontena lalu merempuh kereta Perodua Kancil terbabit dari belakang dan terperosok di bawah lori kontena berkenaan,” katanya.

Menurut Aziz, ketiga-tiga mangsa yang terkorban kemudian dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

Sementara itu, isteri Sa‘ade yang enggan dikenali ketika ditemui di Hospital Gua Musang hari ini memberitahu, suaminya bersama Mat Dahari dalam perjalanan dari Rantau Panjang ke Gua Musang.

“Suami saya ke Rantau Panjang bersama-sama Mat Dahari untuk ambil baju dan piala yang telah ditempah untuk pertandingan suara burung candik yang akan berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang,” katanya.


seorang sahabat yg sudah saya anggap seperti abg saya sendiri..Moga beliau ditempatkan di kalangan org beriman yang mendapat keredhaan Allah dan dicucuri rahmat..
Al-fatihah untuk muhammad fathimy bin hasan
( 20 nov 1982 - 30 mac 2011)



(ps- blog da semak dek sawang.)


No comments:

Post a Comment