Showing posts with label foruming. Show all posts

Friday, December 24, 2010
gudbye 2010 welcome 2011!
pejam celik pejam celik da nak masuk 2011 da.cpt ja mase kn?sedar x sedar ja kan?aku pon xbyk achievement utk thn neh.tape.try bwk p thn 2011 nye cite2.moge2 ade yg tercapai.huhuhu
Wednesday, December 8, 2010
you are what you eat!
SENARAI PRODUK YANG TELAH DIJAMIN HALAL DI MALAYSIA

Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-
1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM:
-McDonald
-A&W
-Secret Recipe
2. Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal:
-Victoria Station
-Kam Lun Ta
-Lotus Family Restoran
3. Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM:
- San Francisco Steakhouse
- Chicken Rice Shop
- Kiwi Express
4. Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM.
5. Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM.
Walau bagaimanapun, kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.
6. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM.
7. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada 5:
i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. (Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja)
ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.
iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.
iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan (yang dibenarkan syara').
v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami.
Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan.
Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya.
**JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja.
8. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal.
Produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, dan 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.
9. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.
10. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal(walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome CafĂ©, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.
Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.
11. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ).
12. La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.
13. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM.
14. Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM,
15. Manakala Status makanan yang disediakan di Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.
16. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.
17. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King. Maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.
18. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM.
Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas, memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.
19. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal.
20. Starbuck tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM. Maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.
credit : http://saffoffighters.blogspot.com/2010/09/senarai-produk-yang-telah-dijamin-halal.html

Wednesday, December 1, 2010
bonus!
alhamdulillah.
pg2 check CIMBCLICKS da masuk da bonus
terima kasih YA ALLAH di atas rezeki yg Kau beri di saat aku da nyawe2 ikan da neh

Thursday, November 18, 2010
sape2 yg rase diri tuh lelaki di luar sana..
Lelaki perlu tahu yang perempuan:
- Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
- Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
- Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
- Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
- Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
- Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
- Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
- Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
- Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
- Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkann ya.
“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”
Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:
- Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
- Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
- Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
- Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
- Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…
- Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
- Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
- Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
- Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
- Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
- Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!
- Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
- Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…
- Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
- Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..:)
- Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
- Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
- Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
- Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
- Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan
Friday, November 12, 2010
mengelap habuk
salam 1 malaysia
sumpah sgt lame aku xupdet kn psl idop seharian.kot updet pon bkn nye ade yg bace ye dak.klu yg berupdet pon aku dok copy paste mn2 info yg best yg bole kongsi2.t ade mase aku cte la pape yg patot dl.neh kire aku buat rumusan la in this few months sepanjang2 aku xupdet cte neh an.
well.in this few months mang byk bnd yg jd kt aku.jmp kwn lame jmp cinta baru tmbh kawan baru putus cinta pastu sambung cinta lama p stadium lyn bola p pasir gudang lyn semi final pastu p bukit jalil ngn org yg aku xsangke bole p same.sume perasaan ade.suke duke happy geram marah rindu sayang sume2 ah.yang xbole blah nye aku yg xbape suke nk commit in love neh pon bole tejebak nk becinta bagai sbb mostly sume mmb2 baek aku da setel down.tgl la aku terkangkang2 terkontang kanting sorg2.mane bole.so kne ah cari jugak an!
lagi satu.bnde yg lepas tuh xpayah la nk ungkit2 an.bnde da jadi pon.nak nyesal pon xgune.just bear in ur mind n just carefull la jgn tejebak lg.
pasal kengkawan pulak.agaknye skang neh mang musim mengawan kot.sume nye la nk becinta tunang kawen bagai.tuh yg puan emak pon leh bising2 tgk anak eh ontok2 yo.adoi puan emak neh pon.jodoh xkemano.lambek copek yo.soba yo puan emak.hak yg baru becinta first time tuh sekian hal yg dok usha2 aku sekian hal yg becinta kwn2 pon sekian hal.xkisah la wei.jnji korang happy sbb aku happy bile kengkawan aku happy.tp kengkawan yg lame xjumpe mang siyes aku rindu sgt2 kt korang weh!tape.ade jeki t kite jumpe lpk2 sme ye.
psl keje pulak ntah bile la nk dpt tetap.da dkt 3thn da kt sini.still sambilan.keje pon tade ah heavy na.klu ade kursus ja bt masing2 kalut sket.mintak2 la dlm mase tdekat neh rezeki aku murah.dpt tetap.bole la mendirikan masjid *hik hik hik*
skang aku happy sbb ade orang yg betol2 sayang aku.ye ye i salah sbb buat u dl.tp janji okeh tanak buat lg.i sayang u okeh!
sebena nye an aku lapa neh.td trn cafe nmpk pulak somebody yg bole menyentapkan selera mkn aku.so skang aku nk p cari mkn n free2 nanti aku updet lg okeh.
till then.
take a gud care of urself :)
Thursday, August 12, 2010
Perkara pelik yang dah x pelik dalam bulan Ramadhan..
nak share something..dapat daripada forum..moga bermanfaat..sebagai peringatan utk diri sendiri jugak ni..
Perkara pelik yang dah x pelik dalam bulan Ramadhan..
1. Amalan di bulan Ramadhan hanyalah adat
Kadang2 kita puasa dari pagi sampai malam macam zombie sebab org sekeliling puasa gak..lupa nak doa, mintak ampun dengan Allah supaya jauhkan kita dari azab-Nya..puasa hanya pada makanan bukan anggota badan yg len..
2. Ramadhan, bulan yang banyak berkisar pasal makanan
Kalo perasan, dalam bulan Ramadhan ni lah kita lebih banyak ckp pasal makanan..Sepanjang hari pikir nak masak apa, nak makan apa, nak bukak pose kat maner, bazar maner best tapi lupa nak fokus pada solat, Quran dan ibadah lain..Bulan Ramadhan ni kadang2 nampak cam bulan pesta makanan..Kadang2 kita lupa naper kita berpuasa, sebaliknya berpuasa menjadikan kita tamak dan nafsu makan pun lebih melonjak bukannyer dikawal..
3. Menghabiskan masa seharian memasak
Ada plak sesetengah kaum isteri yang memasak sepanjang hari siang dan malam, (untuk berbuka n kuih2 raya)sampai bila dah tirai malam mula berlabuh, penat sgt..x larat nak solat Isyak, Terawih/ baca Quran sekalipun..Memang le dapat pahala besar org yg memasak untuk org berpuasa, tapi kan ni bulan yg penuh keberkatan dan pengampunan..rugi lah kalo x guna sebaiknyer..
4. Makan berlebihan
Ada plak yang makan sampai kembung masa Sahur sampai perut cam dah nak meletup, konon2 sebagai cara x nak rasa lapar waktu siang hari..ader gak yang berbuka puasa cam ibarat esok tidak akan kunjung tiba (nak qadha' makan siang)..hehehe.. kan dah x ikut sunnah tu.
Makan berlebih2 ni biasanya akan buat kita jadi lebih tidak rajin dan tidak baik untuk kesihatan..
5. Tidur Sepanjang Hari
Ader plak org yang menghabiskan sepanjang masa siangnya (ataupun sebahagian siangnya) mencipta taik mata sebagai cara untuk menahan lapar/mengelak diri daripada berbuat sesuatu yang merugikan pahala puasa (takut terbuat dosa)..Macam dah hilang jugak tujuan berpuasa tu dan nampaknyer dah menghambakan diri kepada keselesaan plak..Tak lah berdosa, tapi macam rugi jugak tu..
6.Berpuasa tapi masih tak tinggalkan amalan 'luar biasa'
Ader gak yang berpuasa tapi masih menipu, bergaduh, mengumpat, mencuri, tengok gambar/video yg 'luar biasa' (paham2 jelah ek)..hehehe..kiranya puasa hanya jauhkan diri daripada makanan dan minuman, tapi tak takut pun dengan Dia yang dok tengok kita 24 jam..kena gak puasa mata. telinga, hati, etc..
7. Sengaja tak sahur
tak yah komen ni..bayangkan kalo sahur je leh dapat pahala besar tau..Pemurah sgt2 Allah ni terutamanya dlm bulan Ramadhan..rugi le kalo x sahur..
8. Tak berpuasa kalo tertinggal sahur/lupa baca niat
Ader plak yg rajin sahur, tapi gerun sgt2 utk puasa kalo terlepas sahur..Takut mati kelaparan kalo tak sahur..
Ader gak yang kalo lupa baca niat kuat2 sehari sebelumya, tak berpuasa terus..Padahal, niat je dalam hati ckp esok nak puasa pun dah dikira niat tu..betul tak?
9. Makan non stop sampai nak masuk waktu Isyak
Ader jugak yang letak makanan banyak2 dalam pinggan masa berbuka, pastu menikmati juadah yg lazat2 tu ngan kuih muihnya,teh etc..sampai tak solat maghrib pun..hehehe..Kalo ikut sunnah, kan Nabi Muhammad s.a.w berbuka dengan kurma je, pastu terus solat maghrib..selepas tu baru sambung makan balik..
10. Puasa tapi tak solat
ni tak yah komen..paham je kan?
11. Puasa tapi tak menutup aurat
Menutup aurat adalah wajib setiap masa baik lelaki atau perempuan..Rugi dah puasa elok2, tapi pakaian masih belum terjaga..kan2? Kurang pahala puasa tu dan pahala org lain yg memandang.
12. Puasa = diet untuk kuruskan badan
Sila lah jangan niat utama berpuasa tu untuk menguruskan badan..Berpuasa ni hanya kerana Allah semata2..tapi, Insya-Allah boleh menurunkan berat badan dengan izin-Nya..
13. Solat Terawih hanya malam ke-27
Ada plak yang memang solat terawih masa malam ke-27 sebab nak mencari Lailatul Qadar, walaupun kan ader hadis Rasulullah cakap malam tu adalah malam yg ganjil bilangannya dan dalam 10 malam terakhir (tapi memang ader gak yang hanya solat terawih 10 malam terakhir je)hehehe..
14. Mensia2kan malam2 terakhir Ramadhan dgn persiapan yg berlebihan untuk raya
Ade jugak yang menghabiskan 10 hari terakhir Ramadhan pergi shopping untuk buat persiapan raya sampai lupa nak buat ibadah khusus..besenyer time2 ni lah, saf wanita dah pendek masa terawih..hihi..sibuk membuat kuih raya di rumah..Padahal kan dah ditekankan kepentingan 10 hari terakhir Ramadhan (Pembebasan Dari Api Neraka)..eloknya, persiapan raya ni dibuat sebelum Ramadhan..supaya leh banyakkan lg amalan lain dalam bulan ni.
15. Majlis berbuka yg 'luar biasa'
Walaupun menjemput rakan2 datang berbuka puasa di rumah kita adalah sesuatu yg mulia dan amat digalakkan, tapi ader org yg berlebih2an le plak..Bergaul bebas, tepuk sana sini, pakaian terdedah, tak solat Maghrib inikan pulak nak terawih..Siap ader nyanyi lagu yang jiwang2 mengingat awek dan balak..
aper2 pun, perkongsian di atas adalah untuk diri sendiri jugak yang tak sempurna lagi imannya..Memandangkan Ramadhan baru menjelma, masih belum terlambat untuk memperbaiki amalan2 kita..dan buatlah sesuatu hanya kerana sayang dan kasih pada-Nya

Subscribe to:
Posts (Atom)